Survelan Klinikal

Unit Survelan Klinikal (USK), Cawangan Pengurusan Risiko Dan Survelan Klinikal

PENGENALAN

Unit ini ditubuhkan pada 1 Julai 2025 selaras dengan Pekeliling Pemakluman Penstrukturan Secara Pentadbiran Dan Penjenamaan Semula Untuk Organisasi Fasiliti Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Unit ini sebelumnya menggantikan Unit Kualiti Hospital Bintulu yang telah beroperasi di Hospital Bintulu sejak 20 tahun lalu melalui penjenaman baharu iaitu Cawangan Pengurusan Risiko Dan Survelan Klinikal yang merangkumi Unit Survelan Klinikal, Unit Pengurusan Risiko Pesakit, Unit Pengurusan Risiko Pekerjaan Dan Unit Pencegahan Dan Kawalan Infeksi.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Akreditasi
  • Pemantauan Hospital Performance Indicator for Accountability (HPIA), Clinical Service Quality Indicators (CliSQI) dan Indikator Satelit
  • Credentialing & Privileging
  • Aktiviti survelan klinikal atau pemantauan pencapaian klinikal

WAKTU OPERASI

08.00 pagi – 05.00 petang

Setiap hari Isnin hingga Jumaat