Dietetik Dan Sajian

DEFINISI JABATAN DIETETIK DAN SAJIAN, HOSPITAL BINTULU

Jabatan ini merupakan unit sokongan hospital dan menawarkan perkhidmatan sajian makanan melalui penyediaan diet normal dan terapeutik. Pengenalan sistem dapur berpusat (centralized system) telah meletakkan dapur Hospital Bintulu ini sebagai yang pertama memperkenalkan sistem sedemikian di Sarawak. Jabatan ini juga merangkumi aspek pendidikan pemakanan melalui kaunseling diet kepada pesakit dan komuniti.

LATAR BELAKANG JABATAN DIETETIK DAN SAJIAN

Jabatan Sajian telah diwujudkan di Hospital Bintulu semenjak dari tahun 2000 dan pada tahun 2002, nama Jabatan Dietetik & Sajian telah diperkenalkan dengan kemasukkan Pegawai Dietetik yang pertama ketika itu.

PERANAN JABATAN DIETETIK DAN SAJIAN
  1. Memastikan perkhidmatan dietetik klinikal, perkhidmatan makanan dan promosi kesihatan dilaksanakan secara professional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.
  2. Memastikan diet normal dan diet terapeutik dibekalkan kepada semua pesakit dalam mengikut pesanan berdasarkan kelas pesakit.
  3. Membekalkan makanan dan bahan kering kepada anggota Hospital yang layak mengikut pekeliling dan arahan yang berkenaan.
  4. Memastikan perkhidmatan medical nutrition therapy bagi pemakanan oral dan sokongan pemakanan untuk mencapai status pemakanan yang baik.
  5. Memberi latihan praktikal dietetik dan perkhidmatan makanan kepada pelatih dari Institusi Pengajian Tinggi.
  6. Menggalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan perkhidmatan makanan dan dietetik klinikal/ komuniti mengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan.