Hal Ehwal Islam

PENGENALAN

Unit Hal Ehwal Islam mula beroperasi di Hospital Bintulu pada Disember 2013. Ianya berperanan sebagai sebuah unit yang unggul, merancang, mengurus dan menyelia perkara berkaitan Hal Ehwal Islam ke arah melahirkan ummah yang berakhlak mulia.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
  • Merangka / merancang dan melaksanakan apa-apa aktiviti berkaitan dengan keagamaan (kebesaran Islam) di Hospital Bintulu.
  • Merangka / merancang dan melaksanakan penerangan atau mengadakan majlis ilmu kepada kakitangan hal yang berkaitan dengan Islam sebagai satu cara hidup serta ibadah ketika sakit.
  • Memberi khidmat nasihat dan bimbingan / rundingcara kepada kakitangan / keluarga / pesakit atau keluarga pesakit berkaitan dengan masalah nikah cerai / kekeluargaan dan kerjaya.
  • Menyelia / mengurus dan membantu hal-hal yang berkaitan dengan Pengurusan Jenazah Muslim terutama kepada yang tidak berwaris.
  • Membuat lawatan ke wad terutama wad-wad yang kritikal.
  • Mencari dan berkongsi maklumat tentang masalah hukum dan fatwa yang ada kaitan dengan masalah perubatan dan Islam.
  • Menyelaras dan merancang aktiviti bersama agensi kerajaan dari luar hospital atau NGO.
  • Mengazan dan Iqamah kepada kanak-kanak yang baru lahir terutama kepada yang tidak berwaris.
JADUAL PERKHIDMATAN
ISNIN HINGGA KHAMIS 8.00 pagi – 5.00 petang
Rehat 1.00 petang – 2.00 petang
JUMAAT 8.00 pagi – 11.45 pagi
Rehat 11.45 pagi – 2.15 petang
SABTU DAN AHAD Cuti Rehat (Kecuali Kes Kecemasan)
HUBUNGI:
KETUA UNIT EN. MOHAMMAD KHAIRUL NIZAM BIN ABDUL LATIF
NO. TELEFON 086-859000 (2223)
NO. FAKS 086-255866 (u.p. Unit Hal Ehwal Islam)
EMEL nizamlatif@moh.gov.my