Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN HOSPITAL BINTULU

JANJI 1

Keutamaan akan kami berikan kepada kes kritikal dan separa kritikal di Jabatan Kecemasan dan Trauma dengan masa menunggu seperti berikut:

a. Semua kes kritikal (ZON MERAH) dirawat dengan serta-merta.

b. Semua kes separa kritikal (ZON KUNING) dirawat dalam masa 30 minit.

c. Lain-lain kes (ZON HIJAU) akan dilihat mengikut keutamaan pesakit dalam tempoh kurang 90 minit.

JANJI 2

Kami komited untuk menyelesaikan maklum balas awam seperti yang berikut:

a. Maklum balas awam tahap biasa diselesaikan di peringkat hospital dalam tempoh 15 hari bekerja.

b. Maklum balas awam tahap kompleks diselesaikan di peringkat hospital dalam tempoh 16 hari sehingga 365 hari termasuk Hari Kelepasan Am.

JANJI 3

Hospital Bintulu komited untuk memberikan keutamaan kepada warga emas, ibu hamil, bayi bawah usia 1 tahun dan individu OKU melalui R-lane bagi mempercepat urusan pendaftaran di Kaunter Pendaftaran Klinik Pakar.

JANJI 4

Hospital Bintulu komited untuk menyediakan laporan perubatan dalam tempoh 28 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima oleh Kaunter Rekod Perubatan.

JANJI 5

Kami berjanji bahawa semua Penjawat Awam yang berkhidmat di Hospital Bintulu akur dan berjanji dalam menjaga kerahsiaan maklumat melalui pengisian Borang Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972.

 

(Kemaskini pada 26 Januari 2026)