PENGENALAN
Jabatan Ortopedik adalah salah satu Jabatan di bawah Direktorat Pembedahan, ditubuhkan pada tahun 2000. Jabatan Ortopedik diketuai oleh Pakar Perunding Ortopedik merangkap Ketua Jabatan dan dibantu oleh Pakar Bedah Ortopedik, Pegawai Perubatan, Pen. Peg. Perubatan, Jururawat dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
Umumnya jabatan ini memberikan perkhidmatan pakar kepada pesakit-pesakit melalui rawatan pesakit luar (klinik pakar & klinik harian), rawatan pesakit dalam dan pembedahan-pembedahan elektif serta kecemasan.
VISI
Kerja berpasukan secara professional dan berdedikasi menuju ke arah kepuasan pelanggan.
MISI
- Memberikan perkhidmatan kepakaran Ortopedik yang berkualiti berlandaskan ciri-ciri profesionalisme, kerja berpasukan dan berkeperihatinan yang tinggi.
- Menyediakan perkhidmatan yang bermutu tinggi terhadap pesakit-pesakit berteraskan teknologi terkini, rawatan secara holistik, kakitangan terlatih, penyelidikan dan inovasi serta penambahbaikan yang berterusan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- Menyediakan dan mengendalikan perkhidmatan konsultasi pesakit di klinik pakar ortopedik dan klinik harian.
- Menyediakan perkhidmatan pembedahan dan rawatan kecemasan dan elektif.
- Mengadakan lawatan Pakar Ortopedik ke Hospital Mukah, Klinik Kesihatan Sg. Asap dan Tatau.
- Menyediakan perkhidmatan klinik lawatan sub-kepakaran Ortopedik; tulang belakang (spine), sendi lutut & pinggul (Arthroplasty), Ortopedik Pediatrik.
- Membantu pelanggan untuk mendapatkan dan menyelesaikan tuntutan mereka melalui penyediaan Laporan Perubatan.
WAKTU OPERASI
Waktu Operasi Klinik Pakar Ortopedik
| Rabu | 08.00 pagi - 01.00 tengah hari |
| Jumaat | 08.00 pagi - 11.30 pagi |
Waktu Operasi Klinik Harian Ortopedik
| Hari | Isnin, Selasa, Khamis | Rabu | Jumaat |
| Pagi | 08.00 pagi - 12.30 tengah hari | Tiada klinik pagi | Tiada klinik pagi |
| Petang | 02.00 - 04.30 petang | 02.00 - 04.30 petang | 02.30 - 04.30 petang |
HUBUNGI KAMI
Pertanyaan dan temujanji, sila hubungi:
Waktu pejabat : 086-859104 atau (ext. 3134)
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : 086-859000 (ext. 3117)