Kecemasan Dan Trauma

PENGENALAN

Jabatan Kecemasan Dan Trauma adalah salah satu sokongan terpenting kepada organisasi Hospital Bintulu yang menawarkan perkhidmatan 24 jam sehari setiap hari. Liputan perkhidmatan bukan sahaja terhad kepada kawasan Bintulu, tetapi juga dipanjangkan ke sempadan Sibu, Kapit dan Miri. Secara rasminya, Hospital Bintulu merupakan Lead Hospital kepada Hospital Mukah dan Hospital Dalat dalam Sistem Kluster Sarawak Barat. Fungsi utama Jabatan Kecemasan Dan Trauma adalah penyediaan perkhidmatan penjagaan pra-hospital dan pengurusan pesakit sebelum pemindahan ke disiplin tertentu termasuk rawatan kecemasan, penstabilan, penjagaan muktamad dan pusat krisis bersepadu untuk pengurusan kes keganasan rumahtangga dan kanak-kanak. Pengurusan pesakit akan dilaksanakan mengikut kriteria utama berdasarkan kepada ketenatan keadaan pesakit.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Berikut adalah fungsi-fungsi utama Jabatan Kecemasan Dan Trauma:

  1. Pre-hospital care
  2. Emergency services
  3. Non-emergency services
  4. One Stop Crisis Center (OSCC)
  5. Medical coverage team
  6. Disaster management
  7. After office hour locum
  8. Brought in dead management
  9. House officer training
  10. Advance Diploma in Emergency Care (ADEC) training
  11. Program Penempatan Wajib (PPW) training
  12. Medical/ Nursing student training

WAKTU OPERASI

Jabatan Kecemasan Dan Trauma, Hospital Bintulu beroperasi 24 jam sehari untuk memberi rawatan perubatan kecemasan kepada pesakit.