PENGENALAN
Unit Bekalan Bahan Steril merupakan sebuah unit sokongan klinikal yang memainkan peranan penting dalam menjamin keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan kesihatan di hospital, di mana unit ini dipertanggungjawabkan untuk memproses peralatan steril, linen dan “soft goods” kepada seluruh jabatan di Hospital Bintulu.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- Penerimaan peralatan/instrumen kotor atau terpakai dari semua jabatan/unit.
- Dekontaminasi/pembersihan.
- Pemeriksaan/penyelenggaran dan pembungkusan set/instrumen.
- Pensterilan.
- Penyimpanan dan pengagihan bahan steril.
WAKTU OPERASI
| Waktu Pejabat | Bertugas Atas Panggilan (On-Call) |
| Isnin - Jumaat | Isnin - Jumaat |
| (05.00 petang - 08.00 pagi) | |
| (08.00 pagi - 05.00 petang) | Sabtu, Ahad dan Pelepasan Am |
| (08.00 pagi - 03.00 petang) | |
| *Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am – jika ada permintaan kecemasan selepas 03.00 petang, kakitangan yang ditetapkan untuk bertugas atas panggilan akan dipanggil bertugas. |