Caj Rawatan

Pelanggan Hospital Bintulu terdiri daripada kategori berikut :-

1. Kakitangan kerajaan / Pesara

Pesakit yang telah menunjukkan surat pengesahan daripada jabatan bagi dirinya mahupun keluarganya. Anak-anak yang berumur sehingga 18 tahun ke bawah masih dalam tanggungan ibu bapa.

2. Syarikat swasta yang mempunyai Jaminan bank

Pesakit yang telah memberi surat jaminan daripada syarikatnya bagi menjelaskan segala bayaran beliau.

3. Orang awam (Warganegara)

Pesakit yang tidak mempunyai apa-apa surat pengesahan daripada jabatan mahupun syarikat.

4. Warga Asing

Pesakit yang gagal mengemukakan kad pengenalan diri mahupun apa-apa dokumen yang berkaitan.

5. Pelajar

Mempunyai surat pengesahan pelajar daripada sekolah.  Status pelajar yang dimaksudkan adalah berusia di bawah 21 tahun dan masih bersekolah dari darjah satu sehingga tingkatan 6 sahaja.

6. SPIKPA

Pesakit bagi Pekerja Asing di bawah Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing.

7. Syarat-syarat:

  • Sila kemukakan satu salinan Kad Pesara bagi tujuan masuk wad.
  • Semua pesakit dikehendaki membayar deposit apabila dimasukkan ke wad kecuali pesakit swasta yang mempunyai Jaminan Bank dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Pesakit hanya dibenarkan masuk wad Kelas 1 dan 2 dengan mengemukakan Surat Jaminan dan Surat Pengesahan Pegawai Kerajaan atau deposit yang cukup.  Jika pegawai @  pesara @ ahli keluarga meminta dimasukkan ke dalam wad yang lebih tinggi dari kelayakannya, maka bayaran wad akan dikenakan mengikut kadar yang dikenakan kepada orang awam.
  • Permohonan pengecualian bagi warga asing daripada membayar sebahagian/keseluruhan caj rawatan perubatan tidak boleh dipertimbangkan termasuk kes-kes kecemasan.
  • Dimaklumkan bahawa kerajaan akan mengenakan caj penuh rawatan kepada pesakit warga asing. Caj baru warga asing akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2016 iaitu 2 tahun lebih awal daripada yang disasarkan berdasarkan pengumuman YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2016 pada 23 Oktober 2015. (Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Bil. 8 Thn 2015 / Pelaksanaan Caj Penuh Bagi Perintah Fi (Perubatan)(Kos Perkhidmatan) 2014.

8. Kadar Bayaran:

>> KADAR BAYARAN BAGI KAKITANGAN KERAJAAN / PESARA

>> KADAR BAYARAN BAGI WARGANEGARA

>> KADAR BAYARAN BAGI WARGA ASING