PENGENALAN
Hospital Mesra Ibadah (HMI) merupakan satu program penerapan dan penghayatan nilai-nilai Islam di hospital merangkumi pengurusan ibadah pesakit, dan khidmat nasihat kerohanian.
Program Hospital Mesra Ibadah (HMI) di Hospital Bintulu dikhususkan kepada pesakit, waris, kakitangan hospital, serta keluarga kakitangan yang beragama Islam. Walaubagaimanapun, khidmat nasihat boleh dipanjangkan kepada mana-mana kumpulan atau pengunjung yang berminat.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Peranan Hospital Mesra Ibadah:
- Membantu pesakit dalam melaksanakan tanggungjawab ibadah dalam apa cara sekalipun.
- Memberi pengisian rohani.
- Menganjurkan kursus atau bengkel bagi pemantapan ilmu dan kemahiran kakitangan.
- Mengumpul dan menganalisis maklumat berhubung HMI.
WAKTU OPERASI
Mengikut waktu operasi wad.
VISI
Mewujudkan persekitaran mesra ibadah di Hospital Bintulu dalam kalangan pesakit dan petugas demi mencapai maqasid syariah.
MISI
Mengintegrasikan elemen ke rohanian dalam perawatan perubatan untuk membantu proses penyembuhan pesakit.
MOTO
Kesihatan Terjaga, Ibadah Terpelihara
OBJEKTIF
a) Mewujudkan suasana hospital yang mesra ibadah kepada pesakit dengan menerapkan konsep ibadah kepada pesakit.
b) Menjelaskan isu dan permasalahan yang berkaitan dengan ibadah pesakit.
c) Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kakitangan untuk menangani permasalahan ibadah.
d) Memberi sokongan dan bantuan kerohanian kepada pesakit dan waris.
e) Meningkatkan kefahaman dalam permasalahan fiqh perubatan.
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI) BAGI SESI 2025-2028
PANDUAN AKTIVITI HMI
Panduan Aktiviti HMI disediakan untuk kemudahan pelawat dan kakitangan merangkumi:
- Adab menziarahi pesakit
- Amalan & persediaan menghadapi kelahiran
- Anak tidak sah taraf
- Doa harian pesakit
- Panduan bersuci & bersolat bagi pesakit
- Etika bedah siasat jenazah
- Panduan solat ketika hamil
- Panduan tayammum
- Panduan wuduk water spray
- Panduan solat pesakit
- Panduan waris menghadapi pesakit nazak dan kematian
- Tanggungjawab bapa kepada anak selepas kelahiran
- Wanita dan darah
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)
Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi rujukan kakitangan hospital turut disediakan untuk kes-kes berikut:
- Panduan Pengurusan Ibadah Pesakit
- Kod Etika Perubatan Dalam Islam
- Panduan Doa
- Panduan Pengurusan Jenazah
- Penyediaan Prasarana dan Kelengkapan HMI
- Rujukan Perkhidmatan Unit Hal Ehwal Islam (UHEI)
POLISI PELAKSANAAN HMI
Polisi Pelaksanaan HMI Versi 2025 turut disertakan sebagai rujukan semua.
