Transplant and Organ Procurement (TOP)

PENGENALAN

Pendermaan organ dan tisu merujuk kepada proses mendermakan sebahagian organ atau tisu daripada tubuh badan untuk tujuan pemindahan atau transplantasi kepada orang lain yang memerlukan kerana kegagalan atau kerosakan organ atau tisu tersebut.

Hospital Bintulu merupakan hospital yang boleh melaksanakan perkhidmatan perolehan organ dan tisu. Ini disebabkan hospital ini mempunyai Unit Rawatan Rapi dan juga kepakaran pelbagai disiplin yang ada.

Hospital Bintulu telah menunjukkan komitmen dalam perkhidmatan ini dengan penubuhan Jawatankuasa Pasukan Perolehan Organ dan Tisu Hospital (Tissues and Organ Procurement Team/ TOP Team) pada tahun 2015.

Ahli Jawatankuasa TOP Team adalah terdiri daripada pelbagai kategori pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua iaitu Pakar Anestesia. TOP Team tidak mempunyai anggota yang tetap dan hanya diselenggarakan oleh pegawai dari jabatan yang berkenaan.

FUNGSI TOP TEAM

  1. TOP Team berfungsi sebagai jawatankuasa yang bertindak untuk meningkatkan kesedaran , latihan dan promosi mengenai pendermaan organ di peringkat hospital.
  2. TOP Team akan menjadi pusat rujukan dan informasi mengenai derma organ bagi Hospital Bintulu.
  3. TOP Team akan mengkoordinasi rujukan kepada Pusat Transplan Negara dan menyelaras pengurusan perolehan organ dan tisu di peringkat hospital.