Pengenalan
Anestesiologi dan Rawatan Rapi menyediakan perkhidmatan anestetik dan rawatan intensif yang berkualiti sebelum, semasa dan selepas pembedahan. Ia juga sebagai rujukan kepada 8 hospital daerah – Kanowit, Kapit, Mukah, Dalat, Daro, Sarikei, Saratok dan Betong untuk pesakit yang memerlukan perkhidmatan rawatan rapi selanjutnya.
Perkhidmatan
A) Anestesia (dalam OT)
- Menyediakan perkhidmatan anestesia untuk kes elektif dan kecemasan.
Jadual Operasi Teater
| Hari | Unit |
| Isnin | Pembedahan Am, Ortopedik |
| Selasa | Obstetrik & Ginekologi, ENT, Oftalmologi dan Ortopedik |
| Rabu | Pembedahan Am, Ortopedik |
| Khamis | Obstetrik & Ginekologi, ENT, Oftalmologi, Pergigian dan Ortopedik |
| Jumaat | Pembedahan Am, Ortopedik |
| Sabtu | Elektif, Kes kecemasan dan pembersihan & pengemasan |
| Ahad / Cuti umum | Pembersihan & pengemasan serta Kes kecemasan sahaja |
B) Anaesthesia (luar OT)
- Menyediakan perkhidmatan jenis kes “Electro-convulsive therapy (ECT) ” di wad psikiatri.
C) APS and OAS
- Menyediakan perkhidmatan “acute pain for post-operative patients” dan “Obstetric analgesia“.
D) Rawatan Rapi
- Mengendali pesakit dalam keadaan kritikal yang memerlukan pemantauan rapi, penjagaan serta sokongan fungsi organ-organ penting dari wad dan Jabatan Kecemasan & Trauma.
