Anestesiologi & Rawatan Rapi

Pengenalan

Anestesiologi dan Rawatan Rapi menyediakan perkhidmatan anestetik dan rawatan intensif yang berkualiti sebelum, semasa dan selepas pembedahan. Ia juga sebagai rujukan kepada 8 hospital daerah – Kanowit, Kapit, Mukah, Dalat, Daro, Sarikei, Saratok dan Betong untuk pesakit yang memerlukan perkhidmatan rawatan rapi selanjutnya.

Perkhidmatan

A) Anestesia (dalam OT)

  • Menyediakan perkhidmatan anestesia untuk kes elektif dan kecemasan.

Jadual Operasi Teater

 HariUnit
 IsninPembedahan Am, Ortopedik
 SelasaObstetrik & Ginekologi, ENT, Oftalmologi dan Ortopedik
 RabuPembedahan Am, Ortopedik
 KhamisObstetrik & Ginekologi, ENT, Oftalmologi, Pergigian dan Ortopedik
 JumaatPembedahan Am, Ortopedik
 SabtuElektif, Kes kecemasan dan pembersihan & pengemasan
Ahad / Cuti umumPembersihan & pengemasan serta Kes kecemasan sahaja

B) Anaesthesia (luar OT)

  • Menyediakan perkhidmatan jenis kes “Electro-convulsive therapy (ECT) ” di wad psikiatri.

C) APS and OAS

  • Menyediakan perkhidmatan “acute pain for post-operative patients” dan “Obstetric analgesia“.

D) Rawatan Rapi

  • Mengendali pesakit dalam keadaan kritikal yang memerlukan pemantauan rapi, penjagaan serta sokongan fungsi organ-organ penting dari wad dan Jabatan Kecemasan & Trauma.