Farmasi

Pengenalan

Jabatan Farmasi merupakan salah satu perkhidmatan sokongan klinikal yang berperanan untuk memberikan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal kepada pesakit Hospital Sibu.

Objektif

  1. Untuk menguruskan pembekalan ubat dengan penuh integriti.
  2. Untuk menyampaikan penjagaan farmaseutikal yang selamat, efektif, cepat dan tepat.
  3. Untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui budaya kerja yang produktif, kreatif dan inovatif.

Skop Perkhidmatan

  • 1.1.1 Perkhidmatan Ambulatori termasuk:
    • Pendispensan ubat-ubatan kepada pesakit luar
    • Pembekalan ubat melalui perkhidmatan tambah nilai
    • Kaunseling ubat
    • Perkhidmatan MTAC
    • Program Harm Reduction iaitu Farmakoterapi Berhenti Merokok (FBM) dan Rawatan Terapi Gantian (RTG) Methadone
    • Aktiviti Pain Medication Therapy Management (MTM)
  1. 1.2 Perkhidmatan Pembekalan Wad termasuk:
    • Pembekalan ubat kepada pesakit melalui Sistem Unit of Dose
    • Pembekalan stok wad
    • Kaunseling ubat secara bedside dan discaj
    • Pendispensan ubat-ubatan kepada pesakit discaj
    • Program Patient’s Own Medicines
    • Pemeriksaan wad (ubat)
  1. 1.3 Perkhidmatan Klinikal termasuk:
    • Aktiviti farmasi wad
    • Perkhidmatan farmakokinetik klinikal
    • Aktiviti antimicrobial stewardship
    • Pendispensan dan kaunseling ubat secara bedside dan discaj
    • Kaunseling ubat anti-tuberkulosis
    • Aktiviti pembelajaran terus Farmasi (Pharmacist’s Round) dan jururawat (CNE)
    • Program Patient’s Own Medicines
    • Aktiviti Pain Medication Therapy Management (MTM)
  1. 1.4 Perkhidmatan Pengeluaran termasuk:
    • Rekonstitusi ubat sitotoksik
    • Penyediaan nutrisi parenteral, ubat mata serta IV admikstur
    • Pengeluaran galenikal
    • Pembungkusan semula ubat
    • Penyediaan extemporaneous
    • Pre-initiation review bagi kes nutrisi parenteral
    • Aktiviti Nutrition Support Team
    • Aktiviti farmasi onkologi klinikal bagi kes solid tumors dan hematologi
  1. 1.5 Perkhidmatan Logistik termasuk:
    • Pembekalan ubat, vaksin, reagen dan bukan ubat kepada unit pengguna melalui perolehan syarikat konsesi KKM (Pharmaniaga Logistic Sdn. Bhd.) dan Kontrak Pusat KKM
    • Pembekalan ubat, vaksin, reagen dan bukan ubat kepada unit pengguna melalui pesanan atau agihan daripada Pejabat Farmasi Bahagian Sibu atau Cawangan Farmasi Logistik Negeri Sarawak
    • Pembekalan gas perubatan melalui perolehan Kontrak Pusat JKN Sarawak
    • Pengendalian aduan kualiti dan panggil balik ubat dan bukan ubat
    • Pemeriksaan wad (bukan ubat dan gas perubatan