Pengenalan
Unit Fisioterapi merupakan salah satu daripada Perkhidmatan Sokongan Klinikal yang terdapat di Hospital Sibu. Unit Fisioterapi Hospital Sibu menyediakan perkhidmatan pemulihan kepada pesakit di daerah Sibu dan kawasan sekitarnya.
Unit Fisioterapi sentiasa menitikberat pemulihan pesakit untuk membolehkan mereka mencapai tahap kefungsian fizikal yang optimum. Konsep amalan adalah perkhidmatan yang berkualiti, berkompetensi, bersikap profesional kepada pelanggan. Ini adalah seiring dengan nilai-nilai korporat Jabatan Kesihatan; Perkhidmatan Penyayang, Kerja Berpasukan Dan Profesionalisme Adalah Budaya Kerja Kita.
Objektif
- Menyediakan perkhidmatan pemulihan yang optimum bagi pesakit berdasarkan analisis pergerakan dan penggunaan pendekatan fizikal untuk promosi kesihatan, pencegahan, rawatan dan pengurusan penyakit dan kecacatan sambil mengambilkira budaya, psikologi dan status sosial pesakit.
- Membantu pesakit mencapai semula kualiti hidup berdikari yang optimum iaitu pemulihan fungsi, integrasi semula dalam masyarakat serta mendapatkan semula tahap hidup yang optimum
Skop Perkhidmatan
- Unit Fisioterapi menyediakan program rawatan dan pemulihan dalam bidang-bidang berikut:
- Kardiorespiratori / Penjagaan kritikal
- Neurologi / Strok
- Trauma / Ortopedik
- Pediatrik
- Musculoskeletal
- Kesihatan Wanita dan Kesihatan Lelaki
- Pengurusan Sakit Tulang Belakang
- Kecederaan Saraf Tunjang
- Kecederaan Sukan
- Rehabilitasi Vestibular
- Rehabilitasi Pulmonari
- Geriatrik
- Lympoedema
- Amputasi
- Haemofilia
- Pendidikan Pesakit
- Pendidikan individu kepada setiap pesakit
- Pendidikan berkumpulan kepada pesakit
- Pendidikan Kesihatan untuk Kakitangan
- Program Penjagaan Tulang Belakang
- Program Ergonomik dan Teknik Mengangkat
- Program Kesihatan Wanita
- Program Pengurusan Berat Badan