Promosi & Pendidikan Kesihatan

Unit Promosi dan Pendidikan Kesihatan

Pengenalan

Unit Promosi dan Pendidikan Kesihatan adalah sebuah unit di bawah bahagian sokongan klinikal yang mengkoordinasi, merancang, mengurus, menyelaras, melaksanakan dan menilai program promosi dan pendidikan kesihatan di Hospital Sibu. Unit ini juga merupakan kemudahan kesihatan yang menyediakan perkhidmatan promosi kesihatan secara menyeluruh (komprehensif), intensif dan terancang bertujuan untuk memudahcara pembinaan kemahiran dan perubahan tingkah laku ke arah amalan cara hidup sihat dalam kalangan kakitangan hospital, pesakit dan orang awam.

Objektif

  1. Memberikan perkhidmatan promosi kesihatan ke arah perubahan tingkah laku positif
  2. Berfungsi sebagai pusat sumber promosi kesihatan di hospital yang menyokong program klinikal di hospital

Skop Perkhidmatan

  • Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok (KBM)
    • Program Pendidikan Kesihatan – Kelas Pendidikan, Perbincangan Kumpulan Kecil, Nasihat Individu, Demontrasi/tunjukcara
    • Merancang, melaksana dan menilai latihan untuk anggota hospital dalam bidang promosi kesihatan
    • Pusat Sumber Pendidikan Kesihatan – bahan-bahan pendidikan kesihatan bercetak dan elektronik
    • Merancang, melaksana, menyelia dan menilai program promosi kesihatan di hospital – Sambutan Hari-hari Khas Kesihatan, Program/Kempen Berhenti Merokok, Program/Kempen Cara Hidup Sihat, Program promosi kesihatan berkenaan wabak semasa
    • Tayangan TV Pendidikan
    • Pameran Kesihatan
    •  Penyelidikan