Psikologi & Kaunseling

Pengenalan

Unit Psikologi Kaunseling Hospital Sibu berperanan untuk merancang, menyelaras dan memberikan perkhidmatan psikologi kaunseling yang merangkumi aspek pertumbuhan dan perkembangan, pencegahan, intervensi, rawatan dan pemulihan/rehabilitasi/intervensi psikososial untuk pesakit dan kakitangan hospital.

Objektif:
• Meningkatkan kesihatan emosi mereka yang memerlukan melalui perkhidmatan           kaunseling yang diberikan
• Melengkapkan klien dengan memberi klien ruang bercakap atau mengadu dan     mengekspresi perasaan di samping itu, kaunselor berperanan membantu klien supaya   lebih mengenali dirinya samada dari segi kelebihan atau kelemahan diri supaya klien   mampu bertumbuh dan terus berkembang.
• Meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan kesihatan mental dalam mengharungi hidup yang sihat
• Membangunkan organisasi dengan memberi Intervensi Psikososial, Pencegahan,     Pemulihan dan Rawatan bagi anggota Hospital Sibu serta pihak- pihak yang   memerlukannya.

Skop Perkhidmatan
• Mengendalikan sesi kaunseling individu, kelompok, perkahwinan dan keluarga
• Mengadakan ceramah, syarahan, bengkel, kursus dan seminar
• Menyimpan semua fail/rekod sesi kaunseling untuk tujuan tindakan susulan (follow up) dan statistic
• Menjalankan ujian-ujian/inventori-inventori psikologi
• Mengadakan aktiviti bagi kakitangan hospital selaras dengan aktiviti unit
• Merancang tata-tindakan penubuhan unit kaunseling di Kementerian/Jabatan Kerajaan
• Mengurus pegawai berprestasi rendah dan bermasalah
• Mengendalikan kes berkaitan Pengurusan Kewangan Berhemah.
• Melaksanakan intervensi psikologi atau psikoterapi dalam merawat kecelaruan mental    dan masalah emosi bagi kanak-kanak dan dewasa
• Menyelaras dan menyimpan statistik kes-kes yang dikendalikan
• Menyediakan laporan berkaitan aktiviti perkhidmatan kaunseling