PENGENALAN
Blok unit ini terletak bersebelahan dengan bilik laundri/linen ’One Medic Care Sdn Bhd’ Hospital di bahagian belakang Hospital Sarikei (Aras 1-No Lokasi 111). Unit ini mula beroperasi 15 hb Februari 2006. Sebelum ini, unit ini di bawah pengurusan Jabatan Patologi Hospital Sarikei yang diketuai oleh seorang Pegawai Sains. Pada Oktober 2007, unit ini diambil alih oleh Jabatan kecemasan dan Trauma dan diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan U32. Bermula 1/2/2016, unit ini telah diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan sehingga sekarang.
SKOP PERKHIDMATAN
Pengurusan dan Perkhidmatan Perubatan Forensik & Mortuari.
- Kes-kes kematian Mediko-Legal.
- Kes kematian biasa (Bukan kes mediko-legal)
- Semua urusan pengeluaran, penyediaan atau pemindahan dan tuntutan mayat oleh Pihak Polis, ahli waris/keluarga/agen/pihak swasta yang bertanggungjawab.
- Bedah siasat dan aktiviti pengesahan kematian/memberi sebab-sebab kematian dengan mengeluarkan surat pengesahan kematian”Medical Certificate of Death atau Post Mortem Certificate” oleh Pengamal Perubatan (Pakar/MO) yang berdaftar dan sah mana-mana yang berkenaan.
WAKTU PERKHIDMATAN
Beroperasi dan memberi perkhidmatan 24 jam.