Kewangan & Hasil


PENGENALAN

Unit Kewangan

Unit Kewangan bertanggungjawab untuk menguruskan kewangan dan akaun dengan mematuhi prosedur kewangan yang telah ditetapkan oleh Perbendaharaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Selain itu, Unit kewangan juga bertanggungjawab memastikan perbelanjaan dilakukan tidak melebihi peruntukan, memproses pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan dan juga memantau perbelanjaan ke arah amalan berbelanja yang lebih berhemah.

 

Unit Hasil 

Unit Hasil berperanan untuk mengurus segala kutipan hasil kerajaan dari pelbagai sumber kutipan bayaran pesakit dalam, pesakit luar, bayaran laporan perubatan dan pelbagai bayaran yang dibenarkan dikutip di peringkat hospital dibawah Unit Hasil.

 

Waktu Operasi Kaunter Hasil

 

  • Kaunter Hasil Lobi Utama

HARI

MASA 

 Isnin-Khamis

8.00 pagi – 5.00 petang

 Jumaat

8.00 pagi –  12.45 t/hr

2.15 petang – 5.00 petang

 Sabtu, Ahad & Cuti Umum

10.00 pagi – 1.00 petang

 

  • Kaunter Hasil Jabatan Kecemasan Dan Taruma 

HARI

MASA 

 Isnin – Jumaat

7.00 pagi – 9.30 malam

 Sabtu, Ahad & Cuti Umum

9.00 pagi – 2.00 petang

 

Print Friendly, PDF & Email