Perhubungan Awam


PENGENALAN

Unit Perhubungan Awam Hospital Sarikei bertanggungjawab dalam menyelaras aduan hospital dan menguruskan hal-hal berkaitan perhubungan awam.Unit ini dianggotai oleh seorang Penolong Pegawai Perhubungan Awam (Gred 29 dari Jabatan Penerangan Malaysia).

 

SKOP PERKHIDMATAN

  • Menyediakan nasihat perhubungan awam
  • Berhubung dengan media dan publisiti
  • Pengurusan aduan dan maklum balas pelanggan
  • Menyelaras urusan lawatan dari agensi luar
  • Menguruskan perkara – perkara berkaitan urusan penggambaran drama/filem/dokumentari di Hospital Sarikei
  • Memantau isu –isu berkaitan Hospital Sarikei, JKNS dan KKM di media cetak, media elektronik dan media sosial
  • Membuat hebahan di media cetak dan elektronik mengenai program Hospital Sarikei
  • Menguruskan permohonan iklan di akhbar.

** Hebahan berhubung dengan maklumat Hospital Sarikei adalah berdasarkan kelulusan Pihak Pengurusan Hospital.