Penyeliaan Hospital


PENGENALAN

Unit Penolong Pegawai Perubatan ditubuhkan untuk membantu dalam penyeliaan perkhidmatan sokongan klinikal dan Pengurusan Jabatan / Unit khususnya jawatan Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan serta Pemandu Ambulan Jabatan Kecemasan di Hospital Sarikei. Buat masa sekarang atas kekangan jawatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan, unit ini hanya dianggotai oleh seorang Ketua Penolong Pegawai Perubatan U44 yang juga sebagai Penyelia Hospital.  Unit Penolong Pegawai Perubatan terletak di Pejabat Pentadbiran Hospital.

 

SKOP PERKHIDMATAN 

  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Pentadbiran
  • Penyeliaan Klinikal (Clinical Supervision)
  • Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital dan Ambulan  Kecemasan (MECC)
  • Pematuhan Akta dan Peraturan
  • Pengurusan Latihan.
  • Pemantauan Kualiti
  • Pengurusan Bencana

 

WAKTU OPERASI

HARI

PAGI 

PETANG

 Isnin-Khamis

0800 – 1300

1400 – 1700

 Jumaat

0800 – 1145

1415 – 1700

 Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Tutup