PENGENALAN
Unit Teknologi Maklumat (IT) telah ditubuhkan pada Januari 2006. Unit ini bertanggungjawab dalam merancang, mengurus, melaksanakan, memantau dan menyelenggara infrastruktur ICT di Hospital Sarikei. Unit ini juga bertanggungjawab memastikan keselamatan perkhidmatan dan infrastruktur rangkaian hospital. Sejak 2006 sehingga September 2021, unit ini hanya ada seorang kakitangan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 sahaja. Bermula Oktober 2021, unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Teknologi Maklumat (F44) dan seorang kakitangan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29).
SKOP PERKHIDMATAN
- Pentadbiran dan pengurusan ICT Hospital
- Merancang dan melaksanakan perolehan peralatan ICT Hospital
- Pengurusan dan penyelenggaraan semua peralatan ICT Hospital
- Memantau dan mengurus semua peralatan rangkaian dan capaian internet Hospital
- Memastikan semua sistem online yang digunakan di Hospital berfungsi dengan baik
- Memantau dan mentadbir penggunaan emel pengguna MyGovUC
- Mengemaskini maklumat Laman web Hospital Sarikei
- Melaksanakan Pelupusan Peralatan ICT Hospital
- Memberi bantuan sokongan teknikal & khidmat nasihat berhubung dengan penggunaan ICT
- Memastikan sistem keselamatan ICT Hospital terjaga
WAKTU OPERASI
HARI |
PAGI |
PETANG |
Isnin-Khamis |
0800 – 1300 |
1400 – 1700 |
Jumaat |
0800 – 1145 |
1415 – 1700 |
Sabtu, Ahad & Cuti Umum |
Tutup |