Ortopedik


PENGENALAN

Bidang pembedahan Ortopedik merupakan satu disiplin yang berkait rapat dengan struktur tulang axial dan appendicular dan juga fungsi – fungsinya. Terdapat pelbagai subkepakaran dan bidang pengkhususan termasuk advance trauma, arthroplasty, tulang belakang, tangan & mikrosurgeri, onkologi dan ortopedik kanak – kanak.  Jabatan ini diketuai oleh seorang Pakar Ortopedik UD54 dan dibantu oleh dua orang Pakar Ortopedik. Jabatan ini juga mempunyai tujuh orang pegawai perubatan dan tiga orang pembantu pegawai perubatan.

 

SKOP PERKHIDMATAN

  • Melatih pegawai perubatan dan paramedik di bawah jabatan
  • Menyediakan fasiliti yang menyeluruh untuk penilaian, diagnosis, rawatan, nursing caredan pemulihan pesakit
  • Menjadi hospital rujukan bagi hospital – hospital kerajaan, klinik kesihatan dan hospital swasta di zon tengah Sarawak
  • Mengadakan klinik – klinik khas dengan pakar perunding dari Hospital Umum Sarawak untuk subkepakaran berikut:
    • Arthroplasty
    • Ortopedik Pediatrik
    • Tangan & Pembedahan Mikro
    • Advance Trauma
  •  Melakukan klinik lawatan ke hospital cluster di bawah Kluster Zon Timur Sarawak