Hal Ehwal Islam


PENGENALAN

  • Unit Hal Ehwal Islam telah ditubuhkan pada 14 November 2013 di Hospital Sarikei dengansatu (1) penjawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam gred S29. Lokasi unit ini adalah terletak diaras satu, berhampiran tangga Lobi Utama, Hospital Sarikei.

 

SKOP PERKHIDMATAN

  • Memastikan pesakit serta waris yang beragama Islam terutama di wad,unit rawatan rapi, unit kecemasan, dewan bedah dan dewan bersalin mendapat khidmat nasihat, panduan berkaitan agama Islam serta bimbingan kerohanian.
  • Memastikan kakitangan hospital serta keluarga yang beragama Islam mendapat bimbingan untuk meningkatkan lagi serta memantapkan ilmu yang sedia ada secara berterusan.
  • Untuk rujukan kes bagi semua unit dan wad hendaklah diisi dalam borang yang telah disediakan. Rujuk Appendix A.
  • Kekerapan melaksanakan program melibatkan semua pegawai dan kakitangan dapat mendidik fizikal dan rohani untuk memperdalami ilmu agama.
  • Menilai keberkesanan program-program yang dilaksanakan.
  • Rujukan kes daripada kakitangan/pesakit/ahli keluarga dan waris  akan diambil tindakan dalam tempoh satu hari bekerja.
  • Memastikan bahawa kes ibu hamil/lahir anak tidak sah taraf dirujuk kepada Unit Hal Ehwal Islam.
  • Memastikan prosedur berkaitan jenazah orang Islam yang  tidak dituntut/tanpa waris dan muallaf dilaksanakan dengan profesional dan baik.

 

WAKTU OPERASI

HARI

PAGI 

PETANG

 Isnin-Khamis

0800 – 1300

1400 – 1700

 Jumaat

0800 – 1145

1415 – 1700

 Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Tutup

Print Friendly, PDF & Email